PEMAHAMAN
1. Petikan umum
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan manggunakan ayat anda sendiri.
Kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberikan perhatian berat kepada masalah dadah. Perdana Menteri sendiri mengetuai jawatankuasa di peringkat kabinet untuk membanteras dadah. Banyak agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan telah diberi tanggungjawab untuk menangani masalah dadah. Strategi kerajaan dalam aspek pencegahan, pemulihan dan rawatan, penguatkuasaan undang-undang dan kerjasama antarabangsa sudah lama dilaksanakan. Semua langkah itu nampaknya berjaya mengekang kesdadah yang lebih besar tetapi kurang berkesan untuk menyekat anak bangsa kita daripada terus menjadi mangsa.
Nampaknya semua mekanisme tidak mampu menyekat penawaran dadah. Kita tidak mampu menyekat perkembangan teknologi, perubahan gaya hidup dan kreativiti manusia. Faktor tersebut mendorong dadah dicipta dan dijual dengan mudah, menjadikan semua anak remaja sebagai sasaran. Namun kita masih menaruh harapan untuk membanteras dadah melalui strategi menyekat permintaan terhadap dadah. Hanya pendidikan pencegahan dadah mampu membina modal insan yang dengan tegas menolak permintaan terhadap dadah. Pihak polis harus diberikan kuasa secukupnya untuk melaksanakan tugas penguatkuasaan dibantu oleh piha kastam. Kementerian Pelajaran harus diberikan tanggungjawab utama dalam skop pendidikan terhadap dadah. Kementerian, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang lain boleh membantu mangikut kepakaran masing-masing.
Kementerian Kesihatan pula perlu memberikan fokus kepada rawatan dan pemulihan penagih dadah sama ada menggunakan modul terapi kemasyarakatan mahupun kaedah perubatan. Satu bahagian khusus perlu ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan untuk membuat kerja konsultasi dan pengawasan kepada penagih dan pusat pemuilhan dadah. Kalau perlu, pegawai kebajikan yang ada dalam Agensi Antidadah Kebangsaan sekarang perlu diserapkan dalam Kementerian Kesihatan.
Sementara program dalam masyarakat digerakkan secara bersama oleh semua agensi setempat. Dalam skop mendidik modal insan bebas dadah, mekanisme dan program pencegahan seharusnya terancang dan berterusan dalam jangka masa panjang. Pendidikan pencegahan dadah perlu bermula di peringkat sekolah rendah dan diteruskan ke peringkat sekolah menengah dan pengajian tinggi. Program pencegahan dadah di sekolah perlu ditumpukan mengikut kumpulan sasaran yang berbeza. Paling penting setiap program pencegahan dadah terutamanya untuk pelajar terpilih, memerlukan tindakan susulan yang berterusan. Hal ini boleh dilakukan oleh guru yang sememangnya sentiasa berdamping dengan pelajar.
(Dipetik dan diubahsuai daripada "Sistem Pencegahan Dadah Perlu Diubah" dalam Utusan Malaysia, 1 Ogos 2006)
__________________________________________________________________________
Soalan (a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata nampaknya berjaya mengekang.
_________________________________________________________________________

(ii) Berdasarkan petikan, bagaimanakah program pencegahan dadah di sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan?

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah remaja terjebak dalam najis dadah? Berikan empat (4) sebab.