BAB 2 : SEBUTAN DAN INTONASI
Mari Membaca
Sesuai dengan era teknologi maklumat, kafe siber boleh didapati di mana-mana sahaja, termasuk kompleks beli-belah, taman perumahan, dan deretan kedai.
Namun demikian, peranan kafe siber sebagai medan komunikasi bebas atau tempat pencarian ilmu pengetahuan dan maklumat dapat dipertikaikan.
Bagi golongan remaja di bandar-bandar besar, melepak di kafe siber pada masa kini seolah-olah menjadi budaya baru.
Namun demikian, peranan kafe siber sebagai medan komunikasi bebas atau tempat pencarian ilmu pengetahuan dan maklumat dapat dipertikaikan.
Bagi golongan remaja di bandar-bandar besar, melepak di kafe siber pada masa kini seolah-olah menjadi budaya baru.
Mari Membaca
Kempen Pelancongan Domestik, Pesta Malaysia, dan Bulan Citrawarna Malaysia yang dilancarkan pada penghujung Mei lalu telah menarik perhatian para pelancong sama ada luar mahupun dalam negara.
Segala usaha itu menggambarkan kesungguhan pihak kerajaan untuk menjadikan industri pelancongan sebagai sektor yang bukan sahaja mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada para pengusahanya, malahan pemangkin untuk pemulihan ekonomi negara.
Segala usaha itu menggambarkan kesungguhan pihak kerajaan untuk menjadikan industri pelancongan sebagai sektor yang bukan sahaja mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada para pengusahanya, malahan pemangkin untuk pemulihan ekonomi negara.
Sistem ejaan dan sebutan baku
Pada 16 Ogos 1972, Majlis Bahasa Indonesia- Malaysia bersetuju untuk menggunakan sistem ejaan ini: 26 huruf
|
|
HURUF VOKAL
Dalam Bahasa Malaysia terdapat enam fonem atau bunyi vokal.
|
Jenis-jenis ayat
Apa itu ayat?
Satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan prediket.
|
Terdapat 4 jenis ayat iaitu
- ayat penyata,
- ayat tanya
- ayat perintah
- ayat seruan.
Ayat Penyata
Ayat yang menceritakan sesuatu hal.
Juga dikenali sebagai Ayat berita dan ayat keterangan.
Contohnya:-
Juga dikenali sebagai Ayat berita dan ayat keterangan.
Contohnya:-
- Lembu itu akan dijual.
- Kanak-kanak itu bermain keriangan.
- Adik pergi ke kedai.
Ayat Tanya
Ayat tanya digunakan untuk bertanyakan sesuatu hal.
Ia terbahagi dua:
1) Ayat tanya dengan kata tanya (Wh question)
[siapa, apa, bagaimana, bila, kenapa, mengapa, dll]
Contoh:
2) Ayat tanya tanpa kata tanya
Ia terbahagi dua:
1) Ayat tanya dengan kata tanya (Wh question)
[siapa, apa, bagaimana, bila, kenapa, mengapa, dll]
Contoh:
- Siapakah nama bapa kamu?
- Bilakah kamu akan ke sana?
2) Ayat tanya tanpa kata tanya
- Kamu belum menghantar buku itu
- Kamu sudah tahu tentang perkara itu?
Ayat Seruan
Ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, terkejut, sakit, dll
Ia selalunya diakhiri dengan tanda seru (!)
Contoh
Ia selalunya diakhiri dengan tanda seru (!)
Contoh
- Amboi, cantiknya baju kamu!
- Aduh, sakitnya perut aku!
- Oh, jadi betulah apa yang aku sangka selama ini!
Ayat Perintah
Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu
Ayat perintah terbahagi kepada:
Ayat perintah terbahagi kepada:
- Ayat Suruhan : Hantarlah buku itu sebelum pulang
- Ayat Permintaan : Tolong jemurkan pakaian itu
- Ayat Larangan : Jangan minum air itu
- Ayat Silaan : Silakan masuk
Latihan 1 (^^,)
Arahan: Sila nyatakan jenis ayat bagi setiap ayat berikut:
1) Bagaimana pekerjaan kamu sekarang?
2) Tolong hulurkan pen itu.
3) Ayah sudah pulang dari kebun.
4) Wah, cantiknya kasut model itu!
5) Kamu sudah berpunya?
6) Saya suka membaca buku.
7) kenapa awak diam sahaja?
8) Sila buka kasut kamu sebelum masuk ke bilik itu.
9) Ah, ini semua salah kau!
10) Sarapan pagi kami ialah roti bakar.
11) Jangan buat begitu kepadanya.
12) Pakailah baju hujan kamu.
13) Saya pergi ke kolej dengan menaiki LRT.
14) Jangan pandang belakang.
Laithan 2 (^^o)
Arahan: Bina ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah dari kata dasar ini:
1)Minum
2)Harga
3)Buku
4)Komputer
5)Pergi
Pindah
Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya.
Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya.
Dalam penulisan, tanda petik ("...") digunakan untuk cakap ajuk.
Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya.
Tanda petik ("...") TIDAK digunakan dalam cakap pindah.
*Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini.
Cakap Ajuk
1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang dilaporkan semula sebagaimana asalnya dituturkan.
2. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan. 3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda pembuka kata dan diakhiri dengan tanda penutup kata ( “ …….. “ ) |
Cakap Pindah
1. Cakap Pindah ialah perkataan atau percakapan yang dilaporkan semula tetapi tidak sebagaimana yang dituturkan. 2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan perkataan-perkataan dalam ayat. 3. Walaubagaimanapun , maksud atau susunan perkataan sama. |
Cakap Ajuk
1. "Cuci baju kamu," kata ibu kepada Ani. 2. Cikgu berkata, "Mengapa tidak hadir semalam, Hafizi?" 3. "Datanglah ke rumah saya malam ini, Encik Azman," kata Encik Lim. 4. “ Di manakah awak letakkan beg itu ? ” tanya Cikgu Azmi kepada Sunita. |
Cakap Pindah
1. Ibu menyuruh Ani mencuci bajunya. 2. Cikgu bertanya kepada Hafizi sebab dia tidak hadir semalam. 3. Encik Lim mempersilakan Encik Azman ke rumahnya pada malam nanti. 4. Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita di mana dia meletakkan beg itu. |
Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara-perkara berikut perlu diubah atau diberi perhatian.
Cakap Ajuk
saya, aku, hamba beta kami, kita anda, awak, kamu, engkau dia beliau mereka ini itu sini begini demikian ini sekarang malam tadi semalam hari ini esok |
Cakap Pindah
dia, ia, nya, beliau baginda mereka saya, dia, nya dia beliau mereka itu itu situ, sana, tempat itu begitu demikian itu masa itu, ketika itu malam semalamnya semalamnya hari itu esoknya, keesokan harinya |
Latihan 3 (^^v)
Arahan: Tukarkan ayat ajuk di bawah kepada ayat pindah
1. Kata nenek kepada Siti, “ Begini cara membuat kuih Bahulu.”
2. Kata Hassan kepada Faizal , “ Ini buku awak. ”
3. “ Ayam itu lapar,” kata Asmah.
4. “ Berikan bola ini kepada Zainal Abidin,” kata Dollah Salleh.
1. Kata nenek kepada Siti, “ Begini cara membuat kuih Bahulu.”
2. Kata Hassan kepada Faizal , “ Ini buku awak. ”
3. “ Ayam itu lapar,” kata Asmah.
4. “ Berikan bola ini kepada Zainal Abidin,” kata Dollah Salleh.