BAB 3: TATABAHASA
Tatabahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna.
Bentuk kata :
1. Bentuk kata tunggal -Terdiri daripada satu bentuk dasar. Tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Contoh:jalan
- Kata tunggal satu suku kata: Wah (Wah)
- Kata tunggal dua suku kata: Masak (Ma+sak)
- Kata tunggal tiga suku kata: Berapa (Be+ra+pa)
- Kata tunggal empat suku kata dan lebih: mesyuarat (Me-syu-a-rat)
2. Bentuk kata terbitan- Kata dasar yang menerima imbuhan sama ada awalan, sisipan, akhiran atau apitan. Contoh: berjalan
- Kata terbitan awalan: kata nama, kata kerja, kata adjektif
- Kata terbitan akhiran: Kata nama (-an) dan kata kerja (-kan, -i)
- Kata terbitan berapitan: Kata nama, kata kerja dan kata adjektif
3. Bentuk kata majmuk- dua kata dasar menjadi satu. Contoh: Jalan Raya, Jalan Kaki
- Bentuk yang mantap. Contoh: Peribadi, sukacita
- Penggandaan kata majmuk. Contoh: alat-alat tulis, pesuruhjaya-pesuruhjaya
- Pengimbuhan kata majmuk: Contoh: bercampur aduk dan mencampuradukkan
4. Bentuk kata ganda -pengulangan kata dasar. Contoh Jalan-jalan, guru-guru.
- Penggandaan penuh: pulau-pulau
- Penggandaan separa: Lelangit, lelaki
- Penggandaan Sem: Kura-kura
- Penggandaan berirama: Huru-hara
- Penggandaan berimbuhan: Tolong menolong
Golongan Kata: Kata Nama
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunkan untuk menyebut sesuatu sama ada bernyawa atau tidak.Contoh: Zaidi, Muar, Seiko.
2. Katanama am ialah kata yang tidak khusus. Contoh: Bangunan, buku, budak lelaki.
3. Kata nama terbitan ialah kata nama am yang diberi imbuhan. Contoh: Peragawati, pembesar, perumahan
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
2. Katanama am ialah kata yang tidak khusus. Contoh: Bangunan, buku, budak lelaki.
3. Kata nama terbitan ialah kata nama am yang diberi imbuhan. Contoh: Peragawati, pembesar, perumahan
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
|
Kata Nama Khas
Bangunan Tabgung Haji S.K.Bdr Bru Sentul Doktor Saif Cikgu Iffa Si Tompok Katak Puru Terengganu Pisang Emas |
Kata Nama Terbitan
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
- di awal kata ( awalan )
- di akhir kata ( akhiran )
- di awal dan di akhir kata ( apitan )
|
Kata Terbitan
peragawati latihan pembawaan perlawanan perolehan peruntukan perlombongan perumahan perguruan kecantikan pembesar ketinggian |
Latihan 1 ('',)
Arahan: Sila kenal pasti kata dasar dan imbuhan yang digunakan. Kemudian bina ayat daripada kata terbitan di bawah:
- Percintaan
- Kematian
- Persaingan
- Kemunculan
- Kesakitan
- Memalsukan
- Berhenti
- Mencari
Golongan Kata: Kata Kerja
Kata kerja terbahagi kepada:
1 . Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
- Kata Kerja Transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). ¨
- Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
- Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan.
- Contohnya : Kucing itu menangkap seekor burung.
2 . Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )
- Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain.
- Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
- Contohnya:
Anjing itu sedang tidur.
Hujan turun dengan lebatnya semalam.
3. Kata Kerja pasif
- Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men.
- Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
- Jenis Kata kerja pasif
Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-. Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dll
Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan kau-. Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-. Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan
4. Kata kerja aktif ( Kata Sifat)
- Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
- Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.
- Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat. Contoh: sangat cantik, amat rajin, dll
Golongan Kata: Kata Ganda
- Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan
- Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.
- Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.
- Kata ganda terdiri daripada:
(b) kata ganda semu
(c) kata ganda separa
(d) kata ganda bersajak atau berima
(e) kata ganda berimbuhan.
Gandaan Seluruh kata
Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.
|
Gandaan Kata Adjektif
manis-manis bulat-bulat |
Gandaan semu
- Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.
- Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.
- Kata ganda semu terdiri daripada kata nama. Contoh: agar-agar, kuda-kuda, kura-kura
Gandaan Separa
1. Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
2. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.
Contoh: cecair, dedaun, jejari ….
2. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.
Contoh: cecair, dedaun, jejari ….
Gandaan bersajak/berirama
- Kata ganda bersajak atau berirama ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.
- Contohnya:
(b) persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dll.
(c) penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dll
Contoh kata ganda berirama
|
Penyesuaian bunyi keseluruhnya
Bolak-balik Compang-camping Dolak-dalik Gopoh-gapah Gunung-ganang Haru-biru Huru-hara Huyung-hayang Kacau-bilau |
Kata ganda berimbuhan
1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )
3. Contoh:
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )
3. Contoh:
Tahu-menahu
Sulam-menyulam Tari-menari Tolong-menolong Tawar-menawar Tangis-menangis |
Kata-mengata
Rampas-merampas Tarik-menarik Sepak-menyepak Tumbuk-menumbuk Jahit-menjahit |
Golongan Kata: Kata Sendi
1. Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
2. Contoh:
2. Contoh:
|
Contoh
Dia mengambil berat terhadap pelajaran Pen itu dibeli untuk anaknya. Mereka baru pulang dari Johor. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu. Di dalam dompet itu ada wang Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah. Adik menulis dengan pensel. 1. Dia bekerja hingga malam. 2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh. Kereta api menuju ke Padang Besar. Kes itu diserahkan kepada pihak polis. Buku itu dibaca oleh Salmi. Kereta api tiba pada pukul lima petang Dia tidak makan sejak semalam. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar. Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah |
Golongan Kata: Kata Hubung
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a) kata hubung gabungan,
(b) kata hubung pancangan,
(c) kata hubung berpasangan.
Kata hubung gabungan/pancangan
Kata hubung
agar apabila atau bahawa dan hingga jika jikalau kecuali kerana Lalu manakala sambil serta semenjak Sungguhpun sementara supaya walaupun tetapi |
Contoh ayat
Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera Mukanya pucat apabila disoal Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar Leela dan Siu Lan berjiran Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam Saya berpayung jika hari hujan Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan Semua murid hadir kecuali Gopal Aini menangis kerana terlalu sedih Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor Dyra menyanyi sambil menari Zahid serta abangnya menonton wayang Saya berkawan dengannya semenjalk kecil Sungguhpun buta, orang itu mampu berdikari Berusahalah sekuat mungin sementara masih sihat Berlajarlah bersungguh-sungguh supaya pandai Walaupun letih, dia masih lagi bertahan Badannya besar tetapi penakut |
Kata hubung berpasangan
|
|
Contoh kata hubung dalam bentuk akar
|
|
Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan
|
|