Komunikasi Lisan
Kesihatan umum mestilah pada tahap yang lebih tinggi
27/09/2011 1:32pm
KUALA LUMPUR 27 Sept. - Kesihatan umum di negara ini mestilah pada tahap yang lebih tinggi menerusi penerimaan teknologi maklumat agar orang ramai dapat menerima perkhidmatan yang lebih baik dalam aspek kesihatan tersebut, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Beliau berkata, penerimaan teknologi maklumat juga dapat mencapai pencapaian yang lebih baik dan mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber yang terhad dalam usaha menaik taraf kesihatan umum di negara ini.
"Kerajaan kita sentiasa menerima teknologi baru di samping pengenalan telekesihatan oleh kementerian itu sejak 1990-an dan kini Domain Kesihatan Umum di kementerian telah bergerak ke arah penggunaan ICT (Maklumat Komunikasi dan Teknologi), katanya ketika merasmikan Kolokium Kesihatan Umum dan Persidangan Kesihatan Umum Antarabangsa ke-18 di sini hari ini. Ia dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menurutnya, beberapa sistem pengawasan penyakit kesihatan umum kini menggunakan CDCIS e-notification, TBIS (Sistem Maklumat Tibi) E-Dengue dan E-Measles," tambah beliau. - Bernama
Pendidik perlu kuasai media baru
Oleh AZMI ABDUL MALEK
[email protected]
Pendidik masa kini perlu mempunyai pengetahuan tinggi termasuk menguasai media baru bagi memastikan mereka dapat melahirkan generasi muda yang berkualiti untuk mendepani cabaran globalisasi.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, guru dan ibu bapa mesti berusaha melahirkan generasi baru yang kualitatif untuk mengisi ruang pembangunan dunia tanpa sempadan yang semakin pesat dengan meningkatkan nilai-nilai murni dan disiplin tinggi masing-masing.
"Dalam proses globalisasi setiap individu mesti mempunyai komitmen dan daya tahan yang tinggi supaya mereka mampu bersaing dalam pasaran kerjaya masa depan," katanya.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shafie ketika merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan meraikan persaraan Pengetua Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (Seratas), Taiping, Perak, baru-baru ini.
Justeru, ujar Zambry, ibu bapa dan pelajar seharusnya mempunyai ciri-ciri kehidupan gemar menghormati orang lain dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni bagi membentuk sahsiah dan disiplin di kalangan warga sekolah.
"Amalan ini akan membantu sekolah mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif selaras dengan usaha menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi yang cemerlang, gemilang dan terbilang," jelasnya.
Beliau menambah, warga pendidik perlu meningkatkan pelbagai program kecemerlangan dalam merealisasikan modal insan cemerlang sebagai pewaris kepimpinan negara pada masa depan.
"Kejayaan pelajar adalah menjadi simbol kejayaan sistem persekolahan dan pendidikan hasil kerjasama antara pentadbir, guru, sokongan ibu bapa dan pelajar," katanya.
Hubungan erat pihak sekolah dengan ibu bapa juga, jelasnya, dapat merealisasikan hasrat sekolah untuk menjadi sebuah institusi yang cemerlang, modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berkeperibadian mulia, berpengetahuan, berkemahiran tinggi serta berdaya saing.
Sementara itu, Pengetua yang diraikan, Rahimah Mohd Sura, 58, memberitahu, dunia pendidikan masa kini semakin mencabar dan guru perlu tabah menghadapi cabaran untuk menyesuaikan diri dengan matlamat transformasi dalam pendidikan.
"Pelajar sekarang menguasai media baru yang akan memberi impak besar dalam proses pembangunan pendidikan yang semakin pesat di negara ini.
"Oleh sebab itu, pendidik mesti peka dengan perubahan pantas di sekeliling kita dan mampu berkhidmat dengan dedikasi untuk melahirkan pelajar cemerlang bertaraf dunia," kata guru lulusan Sarjana Pendidikan Universiti Malaya ini.
Rahimah bersara selepas berkhidmat selama 34 tahun dalam sektor pendidikan.
Pada majlis yang sama, Emerald Chao terpilih sebagai Pelajar Terbilang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ) 2010 setelah memperoleh 9A+ dan 1A dalam peperiksaan itu. Dua guru Seratas iaitu Noh Lasa dan Zahari Mohd Aliah dipilih menerima anugerah Panitia
Kemahiran Hidup. Manakala Nur Akma Kamarudin, Nurul Shahidah Mohd Nor, Nora Annuar Kassim dan Wong Tuck Ee pula untuk Panitia Bahasa Inggeris.
Turut menerima anugerah ialah Radzhiyah Salleh dan Nabisan Beebi Musa Sahib (Panitia Sejarah), Salwana Ahmad Suhaimi (Panitia Pendidikan Moral) dan Zulkiflee Rasdi (Panitia Pendidikan Seni Visual).
Tokoh Alumni Seratas dianugerahkan kepada Dr Zulkarimah Zainudin.
Kita mampu harung ketidaktentuan ekonomi
KUALA LUMPUR 26 Sept. - Malaysia mampu mengharungi ketidaktentuan ekonomi global melalui pembinaan dan pengukuhan keupayaan domestik untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 .
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, tidak kira situasi yang berlaku, paling utama negara mesti mempunyai persediaan yang cukup untuk menghadapi ketidaktentuan global.
Menurut beliau, Program Transformasi Ekonomi (ETP), Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK-10) dan Model Baru Ekonomi (MBE) adalah persediaan dan inisiatif-inisiatif Malaysia untuk menghadapi waktu-waktu mencabar.
''Malaysia tidak boleh menolak atau mengawal semua ketidaktentuan yang berlaku di dunia.
''Sebaliknya kita perlu melalui keadaan ketidaktentuan itu sebagai normal,'' katanya ketika menyampaikan ucaptama di Khazanah MegaTrends Forum 2011 di sini hari ini.
Tegas beliau, persaingan negara bukan lagi di peringkat serantau lagi tetapi global.
Nor Mohamed menambah, inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan itu diiktiraf kerana ia saling berhubung dengan dunia.
''Malaysia juga terdedah kepada ketidaktentuan yang cukup besar, sama ada kejadian letusan gunung berapi di Iceland atau krisis kewangan di Zon Eropah,'' katanya.
Nor Mohamed berkata, situasi semasa yang berlaku di peringkat global sekarang seolah-olah mengulangi sejarah 1,500 tahun dahulu yang menyaksikan kebangkitan China dan India dalam ekonomi dunia.
Tambahnya, ahli sejarah ekonomi, Angus Maddison telah mendapati sub benua India memberi sumbangan 30 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia dan 23 peratus lagi ialah China.
Manakala penguasaan Amerika Syarikat (AS) kepada KDNK dunia menghampiri sifar peratus.
Jelasnya, situasi 'Supercycle' pada 500 tahun lalu telah menjadikan China, India dan ASEAN sebagai peneraju ekonomi global sekarang.